Monday, March 2, 2015

Tips Pemilihan Jenis Rumah samada bersesuaian untuk disewakan atau tidak

Rumah sewa Shah Alam

Pemilihan jenis rumah amat penting kerana ia merangkumi pelbagai aspek seperti:

Aspek Utama: 
1) Kos atau harga rumah mengikut kawasan@ negeri, diskaun rumah yang ditawarkan bumi lot atau non-bumi lot sekiranya anda ingin membeli rumah baru.
2)  Saiz rumah mengikut  jenis-jenis rumah seperti jenis teres, semi-D atau banglo@villa
3) Lokasi rumah samada berdekatan dengan sekolah, hospital, kemudahan fasarana, kemudahan infrstruktur seperti komuter, MRT, LRT, tempat kerja, jauhan dari kesesakan, adakah kawasan terdedah dengan banjir kilat atau kawasan black area, kawasan yang mempunyai rekod jenayah@kecurian yang tinggi).
4) Jenis strata tanah samada jenis peganggan bebas@hakmilik kekal(freehold) atau pajakan 99 tahun (leasehold).

Aspek Kedua:
1) Design rumah atau rekabentuk rumah, kebanyakkan rekabentuk rumah terkini cantik-cantik, moden & kotemporari, malah ada yang eco-friendly, greenhouse dan sebagainya.
2) Sekiranya membeli rumah dari pemaju pastikan pemaju berdaftar dengan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan & Kerajaan Tempatan, KPKT dan mempunyai rekod yang baik. Ini sering terjadi apabila membeli rumah tanpa membuat kaji selidik terlebih dahulu. Semak rekod-rekod perumahan yang pemaju sudah buat. Pemaju-pemaju yang ternama seperti Mahsing, IOI Properties, Sp Setia, Glomac, Sime Darby, PKNS Properties, Gamuda Properties dan sebagainya.
3) Pemaju-pemaju yang ada nama@terkenal biasanya akan mempunyai panel bank lebih dari dua. Ini menunjukkan track rekod pemaju tersebut baik.

Aspek ketiga:
1) Rumah untuk di diami atau sebagai perlaburan atau kedua-duanya sekali.

Contoh: Rumah Terrace 2.5 Storey Frangipani, Jalan Selasih, U12 Shah Alam
 
Ini adalah jenis rumah teres dua tingkat setengah di U12 sebelah seksyen 7 Shah Alam.
Pemaju : Encorp 

Tarikh Bina: 2012
Tarikh Siap: 2014 CF (Terima Kunci)
Harga Tahun 2012 Buka dari Rm620k

Harga Semasa 2015: RM 900k ke atas
Keluasan : 22x75 sqft
Room: 5r 3b
Built up area:  2300sf
Built in alarm system

Rumah sewa Shah Alam
Rumah sewa Shah Alam



Lokasi bersebelahan dengan taman permainan dan track jogging menjadi faktor utama pemilihan bagi penyewa kerana ia amat sesuai bagi yang suka bersenam dan membawa naak-anak beriada. Faktor penggambaran untuk filem juga lebih sesuai dengan lokasi end chainage atau jalan mati di mana tidak sesak dengan laluan kenderaan.
Rumah sewa Shah Alam

Kemasan@furnishing rumah- selalunya rumah moden lantai kaki 2x2 kaki, ketinggian siling>10kaki
Rumah sewa Shah Alam
Kemasan bilik air selalunya rumah moden, tiles hingga ke siling dan tile dwi warna memberikan suasana yang ekslusif.
Rumah sewa Shah Alam

Rumah untuk diberi sewa hendaklah dilengkapi dengan kemudahan asas bagi kesenangan pada penyewa. Kemudahan asas adalah seperti pemasangan karbinet dapur (hood & hoob) +Oven.  Harga untuk karbinet beserta hood & hoob ini hendaklah tidak terlalu tinggi kerana target adalah untuk disewakan. Harga dalam lingkungan dalam RM 6000 ke bawah. kerana harga yang tinggi akan memberi impak kepada margin sewaan kita kerana untuk memberi balik pulangan modal akan mengambil masa yang lama, wear & tear. Cukuplah sekadar ada sahaja dan tidak perlu berjenama.
Rumah sewa Shah Alam
Pemilihan set kabinet dapur beserta hoob & hoob hendaklah dilakukan dengan teliti kerana setiap kedai atau supplier berbeza dari segi harga dan kualiti bahan material dan juga kualiti pemasangan. banyakkan perbandingan antara satu kedai dengan kedai yang lain, atau cuba banyak buat sikit research di mana-mana forum atau majalah deco yang telah direkemenkan oleh banyak pengguna. 
Rumah sewa Shah Alam
Kekemasan dan kebersihan pekerja kedai memberikan gambaran mengenai hasil kerja mereka.
Rumah sewa Shah Alam
Set karbinet dapur yang telah siap dipasang. Anggaran hari untuk disiapkan adalah 5 hari.
Rumah sewa Shah Alam

Perkara kedua adalah ciri-ciri keselamatan kepada tuan rumah dengan menyediakan jeriji pada setiap pintu atau tingkap. Walaupun rumah ini dilengkapi dengan sistem alarm secara built in pada setiap pintu & tingkap, bagi memastikan tambahan ciri keselamatan perlu dipertingkatkan kerana jenayah berlaku tidak kira tempat dan masa, sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa. Anggaran kos untuk jeriji jenis besi galvanised mild iron lingkungan RM8k ke bawah mengikut corak atau rekabentuk. Kos ini adalah kos yang sederhana untuk bajet sewaan.
Rumah sewa Shah Alam
Pemasangan jeriji besi pada pintu utama dan sliding door
Rumah sewa Shah Alam
Kerja-kerja pemasangan jeriji besi pada bahagian pintu belakang dapur.
Rumah sewa Shah Alam

Akhir sekali rumah ini sedia untuk disewakan sekiranya anda ingin membuat perlaburan atau income pasif. Sewaan bergantung kepada furnishing samada partially atau fully furnished. Ada modal lebih masukkan dengan set perabut, mesin basuh, aircond atau sebagainya supaya harga sewaan boleh demand pada masa akan datang. Anggaran sewa untuk starting partially furnished dalam lingkungan RM2200-Rm2500 manakala untuk fully furnished RM2800-RM3200++.
Rumah sewa Shah Alam

0 comments:

Post a Comment