Tuesday, March 3, 2015

Apa perlu buat setelah menerima kunci rumah baru beli ~ (Siri 1)

Menanti rumah baru yang kita baru beli bagaikan satu penyeksaan setiap pembeli. Siapa yang tidak taksub atau rasa sangat gembira terutama mendapat panggilan suruh ambil kunci rumah. Pertama sekali tuan/puan perlu membuat satu basic work nama basic..asas..tapi sangat penting iaitu:1) Dapat saja kunci rumah tuan/puan akan diberi satu borang untuk komen atau kenalpasti defect@kecacatan rumah yang baru siap samada keadaan baik atau sebaliknya..contoh terdapat rekahan@crack pada simen plaster dinding, cat tidak sekata ada yang tertinggal finishing, lantai pecah terutama dapur, bilik air, pintu melengkung, siling xsekata, tingkap tidak boleh buka atau ketat atau engsel berkarat dan sebagainya. Kedua, sekiranya rumah sudah masuk api air, pastikan setiap pili dibuka buat sementara waktu, dan biarkan air penuh tangki flush bilik air..dan cuba kesan sekiranya ada kebocoran berlaku. Ketiga..ketika hujan lebat..tuan/puan ambil sikit masa pergi lihat dalam rumah tingkat bawah dan atas kalau dua tingkat untuk mengesan kebocoran berlaku mungkin dari atap atau mana2 tempat. Kebanyakkan pembeli tiada masa atau tidak terlintas untuk buat pemerhatian atau pemeriksaan dahulu sebelum kita berpindah masuk..biar puas hati setiap semakan ke atas kerosakan atau defect dibuat. Tempoh kecacatan kebiasaanya mengambil masa dua tahun setelah dari tarikh terima kunci.

Membuat semakan verifikasi atau Inspection mengenai kerosakkan atau kecacatan kemasan (finisihing) pembinaan oleh pihak pemaju/kontraktor. 

Term-term yang digunakan : 
1) LAD ~ Liquidity Ascertain Damage
2) DLB ~  Defect Liability Period (Tempoh Tanggungan Kecacatan) selalunya 24bulan@2tahun dari tarikh terima kunci dan beserta tanda tangan surat terima kunci yang disediakan oleh pihak pemaju.

Pagar luar halaman retak atau merekah berkemungkinan dari mendapan salah satu beam slab yang di antara parit jenis U-drain. 


Cara untuk mengatasi sekiranya pihak kontraktor pemaju lambat baiki, anda boleh buat dengan sendiri (D.I.Y) iaitu beli di kedai hardware jenis penampal di dnding jenama Onetime keluaran Red Devil seperti di bawah. Jenis ini ready mix dan tidak perlu nak bancuh dengan air atau apa-apa bahan lain. Hanya guna simen scrapper untuk menampal diding yang retak.

Kos Simen plaster Jenama One Time dalam bekas kecik harga tidak sampai RM20.00-30.00. Harga Scrapper pun dalam RM15.00set ke bawah. Wall patch digunakan untuk menampal lubang yang besar seperti saiz tapak tangan. Patch ini bertindak menutup lubang tersebut.


Keratakan keliling berpunca daripada mendapan beam slab. Gambaran menunjukkan seperti terbelah dua.

Lantai Siling menunjukkan ada kesan air (warna cat kekuningan). Ini menunjukkan adanya kebocoran atau lembap. Cat tersebut menjadi seperti kekuningan dan bertompok-tompok. Inspection paling afdal ketika hujan lebat, supaya kita boleh melihat sekiranya ada kebocoran di bahagian bumbung.
Kesan air tersebut merebak melalui perpenjuru dinding rumah.

Bingkai@Frame tingkap finishing keliling (lepaan simen tidak sekata@)

Frame pintu rosak akibat kesan dari ketukan hammer.

 Kemasan tiles@jubin lantai di bahagian luar car porch terdapat kesan retakan dan pecah.

Teruskan membaca dengan mengikuti contoh-contoh spot check kecacatan finishing rumah. Sila Klik di sini.


0 comments:

Post a Comment