Pemilihan pintu rumah adalah amat penting selain memberi kecantikan dan nampak kemewahan kepada rumah anda. Faktor utama anda perlu tekankan adalah faktor keselamatan yang paling penting sekali. Cantik atau mewah sekali manapun sekiranya buatan dari segi kualiti yang rendah akan menyebabkan rumah anda senang dimasuki pencuri. Ada sesetengah pihak mengatakan perlu tambah gril atau jeriji besi sebagai tambahan keselamatan dan ada setengah pihak lagi mengatakan menambah selak kunci 2-3 tempat atau menggunakan pad lock yang mahal dan berkualiti tinggi. Bagi pendapat saya, gril dan pintu hendaklah dibuat kedua-duanya sekali. Maksud saya, sekiranya gril anda tempah yang biasa atau dibuat dari material besi biasa untuk bajet sederhana maka pintu hendaklah menggunakan yang kualiti tinggi atau salah satu ataupun keduan-duanya sekiranya mempunyai bajet yang lebih. Upgrade kemudian hari tetapi jangan terlambat atau nasi sudah menjadi bubur..baru nak tukar. Tetapi anda perlu ingat selain keselamatan untuk mengelak dipecah masuk oleh pencuri, anda perlu berwaspada dan mempunyai langkah berjaga-jaga seperti kebakaran. Kes kematian akibat kebakaran kenayakkan penghuni tidak sempat menyelamatkan diri tambahan pula api marak ketika sedang tidur. Punca kematian adalah terperangkap didalam rumah sendiri kerana tidak sempat membuka gril atau kunci tidak ingat letak mana ketika kecemasan berlaku. Rumah dikelilingi jeriji@gril setiap pintu dan tingkap.
Anda hendaklah memastikan kunci utama diletakkan ditempat yang senang dicapai atau senang ingat bagi memudahkan menyelamat diri ketika kebakaran berlaku.
Di sini saya ingin berkongsikan jenis-jenis pintu yang berkualiti tinggi dan agak susah pencuri nak pecah masuk seperti kita maklum ada yang menggunakan tukul besi atau tong gas atau jack kereta dan sebagainya.
Jenis Pintu Wrought Iron + Built In Sainless Steel (Heavy Duty)
Harga pintu tidak termasuk kos upah pemasangan iaitu harga sekitar RM 1900.00 - RM2500.00 jenis ini di kawasan Shah Alam, Selangor. Jenis-jenis lain harga berubah mengikut rekabentuk, jenis besi digunakan dan kawasan.
Pintu Jenis ini mempunyai ciri-ciri keselamatan yang tinggi dan mempunyai lebih dari 3 lubang lock kiri dan kanan. Amat sesuai diletakkan dibahagian dapur atau pintu belakan atau sisi rumah.
Terdapat lebih dari 3 lock, agak sukar untuk membuka sekiranya kunci hilang.
Lubang lock di bahagian bawah pintu.
Ini adalah pintu utama, sekiranya anda mempunyai bajet yang lebih..... ia menggunakan wrought iron steel double layer luar dan dalam rumah.
Ini adalah jeriji atau gril pintu sliding yang menggunakan jenis besi yang sama iaitu Wrought Iron Steel.
Jenis-Jenis Pintu Lain-Lain
Specialist Door Manufacturer From Ipoh - Well Recommended
2-18, Festival Walk @ Ipoh, Jalan Medan Ipoh 1, Medan Ipoh Bestari, 31400 Ipoh, Perak.Tel:05-545 1633
H/P :016-556 0977, 016-897 0977, 016-716 0977
Email:teamdreamhome@gmail.com
Website:http://www.tdhdoor.com
H/P :016-556 0977, 016-897 0977, 016-716 0977
Email:teamdreamhome@gmail.com
Website:http://www.tdhdoor.com
Jenis-Jenis Pintu Lain-Lain
Jenis-jenis Tombol Pintu
Untuk Membaca sterusnya, saya akan kongsikan jenis-jenis dan rekabentuk pagar rumah terkini, sila ikuti laman blog ini.
Assalam.. Blackpearl Construction.. kami menyediakan perkhidmatan renovate rumah grill pagar wiring.. harga berpatutan dan berkualiti.. in shaa Allah on time.. base di meru klang.. kwsan kl dan selangor.. blh hubngi sy whatsapp or call hafiz - 01152882023
ReplyDeleteApakah Anda membutuhkan pinjaman? Mintalah bank menolak pinjaman Anda, kami di sini untuk membantu Anda secara finansial, untuk mendapatkan pinjaman instan Anda dari jumlah apapun di tempat tujuan manapun. Kebahagiaan Anda adalah prioritas kami. Kami memberikan pinjaman pribadi, pinjaman komersial dan pinjaman korporasi dan semua jenis pinjaman dengan bunga 2% untuk informasi lebih lanjut silahkan hubungi kami via email (legitloanfirm322@gmail.com)
ReplyDelete