Saturday, August 22, 2015

Modifikasi Rumah -Adakah Keperluan @ Kehendak

Seksyen modifikasi rumah boleh dikatakan ramai yang berminat membuat review atau kira-kira yang mana murah, yang mana bagus, yang mana sangat cantik dan sebagainya. Bagi menjimatkan masa anda, bolehlah membuat perbandingan dengan contoh-contoh harga kos dan kemasan dalam blog ini.

Kos Pemasangan Karbinet L-Shape + Table Top. Material kerangka Aluminium, lantai meja solid top layer+quartz stone, karbinet kayu, aksesori dapur+oven+penyedut asap (hood & hoob) jenis rubine (3set ini RM4k). Kontraktor supplier daripada Alot Setar. Lokasi prmasangan di Kangar, Perlis.
Kos keseluruhan + upah pasang RM20k.










Pilihan Contertop Surface yang ternama seperti Corian (buatan Amerika), Kawalina (buatan Indonesia), Samsung, Avonite, dan buatan China. Bahan ini kaya akan pilihan warna dan motif. Ini adalah contoh solid top surface menggunakan material quartz stone atau akrilic with gloss layer. Sesetengah boleh memlih mengikut citarasa sendiri seperti granite atau marble.

Frame structure menggunakan jenis aluminium.



Contoh-contoh karbinet dapur di Taman Cahaya Alam, Sekyen 8, Selangor. Material slab concrete dan tiles 2x1 ft. Jenis ini mengambil masa agak lama untuk disiapkan dan bergantung kepada kepakaran tukang rumah. Kualiti kemasan (finishing) dan hasil juga boleh dirujuk kepada projek-projek sebelum ini atau yang direkemen oleh rakan-rakan.

Jenis chipboard (habuk-habuk kayu yang dikompres) yang dibaluti dengan materila melamin. Jenis ini tidak berapa tahan lama..bila keadaan persekitaran selalu lembap ia akan menyebabkan panel board ini mengembang dan crack/merekah. Bagi yang low bajet boleh menggunakan sementara waktu setahun dua..lepas tu gantikan dengan material yang tahan lasak seperti solid wood atau etc.

Contoh di taman yang sama, tetapi menggunakan struktur konkrit atau kekal(fix). Jenis ini memang tahan lama tetapi sebelum itu hendaklah membuat sketch up atau design secara kasar terlebih dahulu samada ia sesuai dengan kehendak & citarasa masing-masing. Kos tidaklah semahal jenis pasang siap. Anggaran kos termasuk karbinet RM8k-12k.


Pemasangan tinted film dual layer (dalam & luar).
Kos pemasangan RM1600 tingkat atas dan bawah.
Kos average mengikut harga pasaran utara RM2200 ke atas bagi kawasan sebelah Utara.
Kawasan Selangor & Kuala Lumpur untuk 2 tingkat RM2500 - RM4500k bergantung jenis kualiti film dan juga bilangan tingkap terutama tingkap keliling(termasuk bahagian balcony)


Kerja-kerja rolling dan heat dryer dilakukan dengan teliti bagi mengelak air void atau bubble pada permukaan film.


Kos Pemasangan Siling Kapur 24x40 ft termasuk 3 bilik tingkat atas & tiada Cornice di side wall ~ Kos sekitar sebelah Utara RM4000-RM5500.




Kos Pemasangan+Upah Siling Kapur 24x10 ft rekabentuk biasa tidak termasuk Cornice RM4000 kawasan Shah Alam & Klang. Harga termasuk sistem pendawaian elektrik untuk soket lampu & kipas.


0 comments:

Post a Comment