Post ini adalah sambungan kepada siri 1 di mana membincangkan jenis-jenis kerosakan atau kecacatan pembuatan atau kemasan(finishing) oleh pihak pemaju. Pertama anda perlu membawa borang semakan@checklist form yang disediakan oleh pihak pemaju. Sekiranya tiada anda boleh buat sendiri iaitu bermula dari luar hadapan rumah (outdoor) seperti pagar, dinding luaran, partition sekiranya jenis terrace house, lantai jubin atau semi render konkrit car porch, siling konkrit car porch, tingkap luar dan sebagainya. Ini adalah contoh cara menanda tempat-tempat yang perlu diganti atau dibaiki oleh pemaju.
Melakukan pemerhatian secara kasar sudut rumah samada column (tiang) senget atau bumbung pecah, tingkat pasang senget atau tercabut.
Membuat semakan ke atas lantai cement render atau kerb retak atau tidak.
Melihat tiada wayar elektrik yang expose(terdedah) sekiranya tiang lampu di depan rumah , semak tiang pagar sama lajuran dengan rumah sebelahan, penutup saliran perparitan disediakan.
Semakan ke atas jubin samada pecah atau tertanggal dan juga semak dalam brochure mengikut spesifikasi seperti saiz seperti dalam perjanjian SNP.
Cuba membuat sedikit aktiviti membuka dan menutup semua pintu atau tingkap yang ada. Sekiranya ketat atau tidak boleh dibuka dan tandakan yang mana bermasalah terus aduan kepada pemaju,
0 comments:
Post a Comment