Tuesday, March 3, 2015

Pembinaan Rumah Atas Tanah Persendirian

Sekirannya anda mempunyai tanah sendiri samada daripada harta pusaka atau membeli tanah lot, anda mempunyai banyak pilihan mengikut citarasa terutama dari segi kos pembinaan termasuk kos rekabentuk, kos upah kontraktor, kos barang-barang simen, pasir, batu bata dan sebagainya. 

Pertama sekali anda perlu mendapatkan plan rumah samada rumah setingkat atau dua tingkat atau banglo mengikut kesesuaian keluasan tanah yang ada. Dari situ anda cuba dapatkan quotation daripada beberapa kontraktor yang boleh dipercayai, ada yang ambil upah sama harga barang dan ada yang ambil upah mengikut hari atau jam..pandai-pandailah memilih yang mana satu. Tengok rekod hasil kerja tangan setiap kontraktor dalam senarai kita buat.

Bagaimana pula dengan kos, ada sesetengah orang menggunakan duit pencen untuk buat rumah, duit KWSP, KWAP atau personal loan. Bagi yang kerja kerajaan anda perlu membuat permohonan terlebih dahulu di bahagian treasury (BPP) untuk membina rumah di atas tanah persendirian. Bagi yang ingin membeli tanah dan mendirikan rumah, khas untuk kakitangan kerajaan tuan/puan perlu mendapatkan kelulusan Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta (JPPH) (http://www.jpph.gov.my) dan juga 

Bahagian Pinjaman Perumahaan Perbendaharan Malaysia  (http://bpp.treasury.gov.my/web/). Di sini tuan/puan perlu kepilkan beberapa dokumen yang diperlukan dan geran tanah yang hendak dibeli mengikut kelayakkan masing-masing serta tempoh kelulusan bergantung kepada dokumen yang kita berikan tiada masalah apa-apa lebih kurang proses 3bulan, paling lama 6 bulan. Sila rujuk terlebih dahulu dengan BPP dan JPPH.

Ini adalah contoh tanah persendirian
Keluasan tanah: 0.35 ekar
Kos tambun tanah RM35,000, 2 kaki dari aras jalan (untuk mengelak banjir)
Pecah kepada 4 lot, kira seorang dapat lebih kurang 70ft x 110 ft bersamaan 1 lot banglo
Kawasan Mukim Sempering, Kangar, Perlis

 
Berikut adalah kos penambunan tanah setinggi sekaki atau 0.348m
Tahun 2011-2012 ~ 1 lori tipper 10tan RM60.00

Kiraan isipadu tanah yang diperlukan = Panjang x Lebar x Tinggi
                                                             = 110ft x 70ft x 1ft
                                                             = 7,700 ftatau 218 m3
                                                              
1 Lori tipper boleh bawa muatan maksimum sebanyak 10 tonnes metric tanah = 10,000 (kg/m³), iaitu 1 kg/m3 =  0.06242796 lb/ft3

Ini bermakna  
1m3 tanah (TOPSOIL) = 1.7 tonnes
1 tonne TOPSOIL = 0.6 m3 

Sekiranya memerlukan tanah sebanyak 218 m3  atau isipadu muatan lori diperlukan 218x1.7 tonnes
= 370 tonnes
Bilangan lori yang diperlukan 370/10 tonnes (muatan maksimum 1 lori) = 37 lori diperlukan
Kos 37lori x (RM70.00 tahun 2011-2012) = RM2543.00

Cara kedua: 1 tonne TOPSOIL = 0.6 m3
Jika 10 tonnes tanah bersamaan 6 m3 tanah
Tanah yang diperlukan adalah sebanyak 218 m3, maka bilangan lori 218 m3 /6 m3  = 36 ≈ 37 buah lori.

Kos bagi tahun 2011-2012 adalah = 37 buah lori x RM70.00 = RM2590.00 lebih kurang harganya.

Kos semasa tahun 2014-2015 adalah = 37 buah lori x RM120.00 = RM4,440.00 tambun tinggi sekaki.





Ikutilah perkembangan membina rumah persendirian melalui pembiayaan pinjaman perumahan kerajaan. Sila klik di sini..

2 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. Assalam tuan...skrg kami tgh timbus kawasa...tp kawasan tu ada air d tgh²nya... mcm lagoon...boleh bg idea bg mana nak buat? Asal buang batu..tenggelam juga

    ReplyDelete