Wednesday, April 15, 2015

Info Tukar nama proses penting - Harian Metro


Pada pembeli as a buyer kepada sesebuah rumah atau tanah, anda perlu tahu sedikit sebanyak maklumat berkenaan status tanah atau rumah yang hendak dibeli. Ini bermakna anda perlu buat sedikit kajian@ research untuk mendapatkan maklumat dengan lebih tepat seperti apa maksud master tittle, apa maksud lot individu, apa maksud sekatan atau halangan atau kaveat dan sebagainya. Sebagai seorang buyer kita hendaklah membuat kerja sedikit maksud saya kita hendaklah membuat research berkenaan hartanah yang hendak di beli. Nanti saya kongsikan berdasarkan pengalaman famili properties.

Tukar nama proses penting
Oleh Sofyan Rizal Ishak

 

Kuala Lumpur: Pindah milik hartanah atau lebih dikenali sebagai tukar nama seringkali dianggap sebagai satu proses sukar dan remeh bagi kebanyakan individu di negara ini. Persepsi itu membuatkan perkara terbabit dipandang ringan oleh pemilik rumah dan tanah sehingga kebanyakan daripada mereka mengabaikannya dalam tempoh masa lama. 
Proses pindah milik ini adalah satu perkara yang penting kerana ia akan berlaku kepada kita secara langsung dan tidak langsung kerana apabila individu membeli tanah atau rumah maka ia pasti membabitkan urusan pindah milik tidak kira daripada pemaju kepada pembeli rumah atau pemilik sedia ada kepada pemilik baru. 
Pertukaran atau pindah milik tanah perlu dilakukan kerana hak milik atau geran boleh diibaratkan sebagai kad pengenalan hartanah dengan penama yang tercatat dalam geran terbabit adalah pemilik hartanah itu meskipun bayaran dilakukan atau atau hartanah itu diusahakan individu lain.
Tindakan tidak melakukan pindah milik tidak mendatangkan masalah, namun jika ia tidak diberi perhatian maka terjadilah seperti kisah berprofil tinggi yang terjadi di Pulau Pinang dua dekad lalu. Kejadian itu menyaksikan sebidang tanah milik individu bernama Boonsom Boonyanit dirampas syarikat pemaju, Adona Properties. 
Secara amnya, proses pindah milik tanah atau rumah daripada pemilik berdaftar ke atas hak milik kepada pihak seterusnya adalah satu proses yang membabitkan banyak pihak seperti peguam, penilai hartanah, pejabat duti setem dan pejabat tanah dengan urusan bergantung kepada situasi masing-masing. 
Proses pindah milik ini perlu diberi perhatian kerana ia membolehkan nama pembeli didaftarkan di atas surat hak milik yang menunjukkan mereka adalah pemilik sah atas harta terbabit sekali gus membolehkan pembeli melakukan urusan jual beli, gadaian dan juga urusan pindah milik kepada waris mereka seperti yang terkandung dalam undang-undang. 

Selain itu, ia akan memudahkan pemilik untuk berurusan dengan bank bagi membuat pinjaman semula sekali gus mampu membolehkan pembeli menggunakan sejumlah pinjaman untuk kegunaan lain. 
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 April 2015 @ 5:18 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my
 

0 comments:

Post a Comment