Di manakah mendapatkan carian rasmi apabila kita hendak membuat semakan nombor hakmilik tanah ataupun jenis kegunaan tanah bagi mendirikan sebuah rumah. Katakan ada iklan satu lot tanah untuk dijual di kawasan yang kita ingin mendirikan rumah, tetapi kita tidak berapa yakin dengan geran yang ditunjukkan oleh agen hartanah. Oleh itu untuk kepastian kita hendaklah membuat semakan lanjut hakmilik tanah tersebut di pejabat tanah sebelum kita membeli kerana mungkin tanah tersebut bukan atas satu nama mungkin banyak nama atau mungkin belum di pecah bahagian.
Sebelum itu kita baca dahulu apa yang dimaksudkan dengan carian rasmi. Carian rasmi boleh didapati di pejabat tanah setiap negeri.
Sebelum itu kita baca dahulu apa yang dimaksudkan dengan carian rasmi. Carian rasmi boleh didapati di pejabat tanah setiap negeri.
DEFINASI
Carian dikategorikan kepada 2 iaitu
- Carian persendirian
- Carian rasmi
CARIAN RASMI
Carian untuk memeriksa, mencatat atau 'extract'
mana-mana daftar hakmilik, buku perserahan atau buku pembetulan atau
apa-apa instrumen urusniaga atau permohonan yang disertakan kepada
pendaftar dan carian rasmi tersebut perlulah ditandatangani oleh
pendaftar.
KELAYAKAN PEMOHON
Mana-mana orang, agensi, syarikat atau badan yang berkepentingan
.
KAEDAH PERMOHONAN
- Permohonan hendaklah dibuat menggunakan borang Carian Rasmi yang dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftar atau Pejabat Tanah Daerah mengikut sek. 384 KTN.
- Bayaran permohonan carian rasmi sebanyak RM50.00
PERMOHONAN
Permohonan dibuat di pejabat tanah atau pejabat pendaftar dimana hakmilik tersebut dikeluarkan.
rujuhan: Pejabat Tanah Dan Galian Selangor @ http://ptg.selangor.gov.my
Setiap pejabat tanah caj untuk carian rasmi bergantung (PTG) setiap negeri, di sini saya bagi contoh carian rasmi di Kuala Terengganu.Caj untuk satu carian rasmi adalah dalam lingkungan Rm30.00 - Rm50.00 bagi setiap carian.
Setiap pejabat tanah caj untuk carian rasmi bergantung (PTG) setiap negeri, di sini saya bagi contoh carian rasmi di Kuala Terengganu.Caj untuk satu carian rasmi adalah dalam lingkungan Rm30.00 - Rm50.00 bagi setiap carian.
Carian Rasmi Status Tanah Jenis: Pertanian
1) Nombor Hakmilik
2) Nombor Lot Tanah
3) Keluasan Tanah (Ekar@Hektar)
4) Pegangan Tanah (Freehold@LeaseHold)
5) Kegunaan Rizab Melayu
1) Nombor Hakmilik
2) Nombor Lot Tanah
3) Keluasan Tanah (Ekar@Hektar)
4) Pegangan Tanah (Freehold@LeaseHold)
5) Kegunaan Rizab Melayu
Carian Rasmi Status Tanah Jenis:Bangunan











