Monday, August 31, 2015

Jenis-Jenis Besi Untuk Membuat Pintu Pagar & Pintu Jeriji (Gril)

Pemilihan jenis-jenis besi untuk membuat pagar atau membuat jeriji@gril rumah amat penting kerana dari segi keperluan keselamatan dan kelengkapan bagi sesebuah rumah ia juga bergantung kepada bajet seseorang samada memillih jenis besi biasa (harga rendah) atau memilih rekabentuk yang menarik (high budget).

Kebiasaan jenis-jenis besi era sekarang (tahun 2012-2015) kebanyakkan memilih jenis besi mild steel, wrought iron dan stainless steel. Besi mild steel jenis besi biasa nipis, mudah ditempa dan ringan. Manakala jenis besi wrought iron dan stainless steel adalah jenis besi yang baik dan harga RM20.00-RM35.00 sekaki ke atas serta bergantung jenis rekabentuk yang dikehendaki.


Jadual di bawah menunjukkan perbezaan antara ketiga-tiga jenis besi:
Perbezaan Jenis-Jenis Besi
Bil.
Spesifikasi Besi
Mild Steel
Wrought Iron
Stainless Steel
1.
Kegunaan
Pagar & Jeriji
Pagar & Jeriji
Pagar & Jeriji
2.
Finishing
Licin & Tidak Berkilat
Kasar & Berkilat
Licin & Berkilat
3.
Material
Steel possesses greater tensile strength than wrought iron
Contains a moderate amount of carbon (between .06% and 2%)
Steel is any alloy of iron, consisting of 0.2% to 2.1% of carbon, as a hardening agent. Besides carbon, many other metals are a part of it. They include chromium, manganese, tungsten and vanadium.
contains pure iron with a glassy material which is iron silicate
Wrought iron:  Contains very little carbon (less than
    .035%).


Stainless steel is made up of iron, chromium, nickel, manganese and copper.  The chromium is added as an agent to provide corrosion resistance.


4.
Strength
Sederhana kuat
Kuat
Sangat Kuat
5.
Cost
Murah~ RM7.00-Rm18.00 sekaki
Mahal ~ Rm20.00-35.00 Sekaki
Sangat Mahal~ RM30.00-Rm60.00
6.
Workability


Stainless steels are harder and are especially harder to form than
7.
Welding
Normal Welder
Moderate Welding
Specialist Welding
8.
Electrical Conductivity
Good conductor
Semi conductor
Stainless steel is a really poor conductor compared to most metals
9.
Corrosion
Berkarat
Tidak Berkarat
Tidak Berkarat
10.
Recommendation
Good for low budget
Expensive & Reliable, Beautiful
Very Expensive & Reliable, Beautiful


References:
2) http://goo.gl/YJMQPa
6) http://goo.gl/d3EqSs
Contoh-contoh jenis jeriji & pagar Mild Steel.


 Contoh-contoh jenis jeriji & pagar Wrought Iron Steel.

 Contoh-contoh jenis jeriji & pagar Stainless Steel.

 

Friday, August 28, 2015

Apa perlu buat setelah menerima kunci rumah baru beli ~ (Siri 2)

Post ini adalah sambungan kepada siri 1 di mana membincangkan jenis-jenis kerosakan atau kecacatan pembuatan atau kemasan(finishing) oleh pihak pemaju. Pertama anda perlu membawa borang semakan@checklist form yang disediakan oleh pihak pemaju. Sekiranya tiada anda boleh buat sendiri iaitu bermula dari luar hadapan rumah (outdoor) seperti pagar, dinding luaran, partition sekiranya jenis terrace house, lantai jubin atau semi render konkrit car porch, siling konkrit car porch, tingkap luar dan sebagainya. Ini adalah contoh cara menanda tempat-tempat yang perlu diganti atau dibaiki oleh pemaju.

Melakukan pemerhatian secara kasar sudut rumah samada column (tiang) senget atau bumbung pecah, tingkat pasang senget atau tercabut.
Membuat semakan ke atas lantai cement render atau kerb retak atau tidak.
Melihat tiada wayar elektrik yang expose(terdedah) sekiranya tiang lampu di depan rumah , semak tiang pagar sama lajuran dengan rumah sebelahan, penutup saliran perparitan disediakan.
Semakan ke atas jubin samada pecah atau tertanggal dan juga semak dalam brochure mengikut spesifikasi seperti saiz seperti dalam perjanjian SNP.
Cuba membuat sedikit aktiviti membuka dan menutup semua pintu atau tingkap yang ada. Sekiranya ketat atau tidak boleh dibuka dan tandakan yang mana bermasalah terus aduan kepada pemaju,





Wednesday, August 26, 2015

Tips Pemilihan Jenis Pintu Rumah

Pemilihan pintu rumah adalah amat penting selain memberi kecantikan dan nampak kemewahan kepada rumah anda. Faktor utama anda perlu tekankan adalah faktor keselamatan yang paling penting sekali. Cantik atau mewah sekali manapun sekiranya buatan dari segi kualiti yang rendah akan menyebabkan rumah anda senang dimasuki pencuri. Ada sesetengah pihak mengatakan perlu tambah gril atau jeriji besi sebagai tambahan keselamatan dan ada setengah pihak lagi mengatakan menambah selak kunci 2-3 tempat atau menggunakan pad lock yang mahal dan berkualiti tinggi. Bagi pendapat saya, gril dan pintu hendaklah dibuat kedua-duanya sekali. Maksud saya, sekiranya gril anda tempah yang biasa atau dibuat dari material besi biasa untuk bajet sederhana maka pintu hendaklah menggunakan yang kualiti tinggi atau salah satu ataupun keduan-duanya sekiranya mempunyai bajet yang lebih. Upgrade kemudian hari tetapi jangan terlambat atau nasi sudah menjadi bubur..baru nak tukar. Tetapi anda perlu ingat selain keselamatan untuk mengelak dipecah masuk oleh pencuri, anda perlu berwaspada dan mempunyai langkah berjaga-jaga seperti kebakaran. Kes kematian akibat kebakaran kenayakkan penghuni tidak sempat menyelamatkan diri tambahan pula api marak ketika sedang tidur. Punca kematian adalah terperangkap didalam rumah sendiri kerana tidak sempat membuka gril atau kunci tidak ingat letak mana ketika kecemasan berlaku. Rumah dikelilingi jeriji@gril setiap pintu dan tingkap. 

Anda hendaklah memastikan kunci utama diletakkan ditempat yang senang dicapai atau senang ingat bagi memudahkan menyelamat diri ketika kebakaran berlaku.

Di sini saya ingin berkongsikan jenis-jenis pintu yang berkualiti tinggi dan agak susah pencuri nak pecah masuk  seperti kita maklum ada yang  menggunakan tukul besi atau tong gas atau jack kereta dan sebagainya.

Jenis Pintu Wrought Iron + Built In Sainless Steel (Heavy Duty)
Harga pintu tidak termasuk kos upah pemasangan iaitu harga sekitar RM 1900.00 - RM2500.00 jenis ini di kawasan Shah Alam, Selangor. Jenis-jenis lain harga berubah mengikut rekabentuk, jenis besi digunakan dan kawasan.

Jenis Pintu Rumah

Pintu Jenis ini mempunyai ciri-ciri keselamatan yang tinggi dan mempunyai lebih dari 3 lubang lock kiri dan kanan. Amat sesuai diletakkan dibahagian dapur atau pintu belakan atau sisi rumah.

 Terdapat lebih dari 3 lock, agak sukar untuk membuka sekiranya kunci hilang.
Jenis Pintu Rumah
Jenis Pintu Rumah

Lubang lock di bahagian bawah pintu.
Jenis Pintu Rumah
Jenis Pintu Rumah

Ini adalah pintu utama, sekiranya anda mempunyai bajet yang lebih..... ia menggunakan wrought iron steel double layer luar dan dalam rumah.
Jenis Pintu Rumah


 Ini adalah jeriji atau gril pintu sliding yang menggunakan jenis besi yang sama iaitu Wrought Iron Steel.
Jenis Pintu Rumah


Jenis-Jenis Pintu Lain-Lain

Specialist Door Manufacturer From Ipoh - Well Recommended
2-18, Festival Walk @ Ipoh, Jalan Medan Ipoh 1, Medan Ipoh Bestari, 31400 Ipoh, Perak.Tel:05-545 1633
H/P :016-556 0977, 016-897 0977, 016-716 0977
Email:teamdreamhome@gmail.com
Website:http://www.tdhdoor.com



Jenis-Jenis Pintu Lain-Lain

Jenis-jenis Tombol Pintu

Untuk Membaca sterusnya, saya akan kongsikan jenis-jenis dan rekabentuk pagar rumah terkini, sila ikuti laman blog ini.